Menari dengan pakaian ketat, ramai kritik penampilan Mia Sara

Menari dengan pakaian ketat, ramai kritik penampilan Mia Sara

Nama pelakon remaja dan personaliti media sosial, Mia Sara Nasuha kembali menjadi bualan panas ramai apabila tular sebuah video yang di TikTok.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna dikenali @lyygone, dilihat Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan yang memakai baju berwarna kelabu dan memakai shawl hitam sedang menari bersama rakannya.

Pun begitu, penampilannya dalam video tersebut telah menarik perhatian ramai apabila dia dilihat memakai pakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh termasuk ‘aset’ dada.

 

@lyygone

♬ AMAZING – Phoebe

 

Mia ke ni? Macam bukan je…

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan ramai di mana mereka meluahkan ketidaksangkaan bahawa individu dalam video tersebut adalah pelakon remaja tersebut memandangkan dia tidak pernah memakai baju tersebut.

Mulanya tak percaya tapi bila tengok IG Story…

Malah, terdapat juga warganet mengatakan mereka tidak percaya pada mulanya namun apabila melihat Insta Story milik Mia Sara di platform Instagram ternyata baju yang dipakainya adalah sama.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat kelakuan dan tindakan Mia berubah disebabkan tersalah memilih rakan.

Difahamkan, pada awalnya video tersebut dikongsikan oleh rakannya iaitu @armanikowachee namun dipadam tidak lama kemudian selepas menerima banyak kecaman.

Terdahulu, Mia menerima kritikan warganet apabila dia dilihat sudah berani memakai tudung singkat dan ramai mula menuduh perubahannya itu berpunca daripada pengaruh rakan sebaya.

Ia dikatakan sedemikian kerana pelakon remaja tersebut berkawan dengan anak aktor Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona.

Sumber: TikTok @lyygone