Menari bersama dengan baju tidur, Masya Masyitah nafi dah kahwin

Menari bersama dengan baju tidur, Masya Masyitah nafi dah kahwin

Penyanyi, Masya Masyitah enggan memeningkan fikirannya dengan perdebatan dan kecaman netizen berhubung dakwaan dirinya telah pun berkahwin dengan seorang jejaka dikenali sebagai Idris Woo.

Namun, Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff tidak menafikan, Idrisi merupakan teman istimewanya dan hubungan cinta mereka sudah mendapat restu kedua-dua pihak keluarga.

Masya, 21, tahu ramai yang mengecam apabila video TikTok yang dimuat naik olehnya tempoh hari menjadi tular.

 

Tular dan dikecam ramai apabila mereka sewenang-wenangnya mengatakan kami sudah berkahwin hanya kerana menari dengan menggayakan baju tidur.

Penyanyi lagu Hapus itu menjelaskan, sewaktu video itu dirakam, mereka bukan berdua-duaan di rumah. Malah, ada ibunya dan orang lain juga.

Kalau tanya bila nak kahwin, saya rasa lama lagi tetapi kalau jodoh itu diawalkan, saya sendiri akan khabarkan kepada media.

Masya mengakui dia belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat kerana banyak lagi perkara yang ingin digapainya terutama dalam urusan kerjaya.

Tambahnya lagi, dia juga percaya, pihak lelaki perlu bersedia dari segi kewangan, mental dan fizikal sebelum ingin berkahwin dengan wanita pilihan.