Menangis tak nak main telefon lagi lepas tengok mata lebam

Menangis tak nak main telefon lagi lepas tengok mata lebam

Tidak dinafikan sesetengah kanak-kanak moden kini, ketagih terhadap telefon bimbit yang menawarkan pelbagai aplikasi yang berjaya menarik perhatian mereka.

Bagaimanapun, ibu bapa sepatutnya mengawal perkara ini agar tidak memberikan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan kanak-kanak ini.

 

Ketagih main telefon bimbit

Foto: Tangkap layar video

Seperti video tular dikongsi oleh seorang ibu dikenali sebagai Nikiysaa di laman TikTok, menceritakan alternatif yang dilakukan olehnya bagi mengelakkan anak lelakinya daripada menjadi ketagih akan gajet-gajet ini.

Kisahnya bermula, apabila anaknya sedang nyenyak tidur dan dia bertindak ‘menconteng’ di bahagian mata anaknya dan ia seolah-olah memberikan kesan lebam terhadap kelopak mata anaknya itu.

Anak korang macam mana lockdown ni? Ni asyik nak tengok 24 jam telefon.

Susulan daripada itu, anaknya yang baru sahaja bangun daripada tidur terus menangis setelah melihat matanya yang hitam akibat contengan ibunya. Apa yang lebih melucukan, apabila si ibu sempat menawarkan telefon bimbitnya kepada si anak namun, si anak kelihatan begitu ‘takut’ dan terus menangis. Aduh buat hal lah adik!

Kan dah dapat tu. Terus tak nak tengok telefon lagi dah.

 

@nikiysaa_acikk

#CapCut anak korang mcm mana lockdown ni..? ni asyik nak tgk 24jam telefon…kn dah dpt tu.. trus taknak tgk tel lgi dah . #fypシ

♬ Oh No – Kreepa

Bagus idea tu!

Sumber: Nikiysaa