Menangis tak dapat ke sekolah, Lan Solo pening layan kehendak anak

Menangis tak dapat ke sekolah, Lan Solo pening layan kehendak anak

Melayan kehendak anaknya itu, isteri kepada Lan Solo, Nur Sheila Hassim terpaksa membawa anaknya itu lengkap dengan memakai pakaian seragam meskipun sekolah ditutup kini disebabkan oleh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.

 

Perkara tersebut dikongsikan Lan menerusi hantaran Instagram isterinya itu untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosial mereka.

“Anak aku dah rindu sekolah weh. Kes tak turun-turun lagi. Macam mana nak sekolah nak oii..Daddy pun tak tahu sampai bila..” tulis Lan di ruangan kapsyen video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat turut menzahirkan pengalaman dan perasaan yang sama dialami oleh Lan di mana anak-anak mereka turut bosan kerana sudah terlalu lama di rumah.

 

“Kita pun sebak kalau anak macam ni. Faham sangat, anak-anak rindu sekolah weh..” komen seorang netizen.

Sekadar info, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof telah mendirikan rumah tangga bersama Nur Sheila pada 6 Disember 2009.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qalessya,9, Nur Amna Qeesyara,6, Muhammad Akid Qassyaff,5 dan Nur Amna Quxandra yang kini berusia 3 tahun.