“Memang perit dik” – lelaki terduduk lihat pusara ibu & kakak, baru dapat tahu lepas dibebaskan 6 bulan penjara

Pilu. Itulah yang dapat admin gambarkan perasaan dialami seorang lelaki ini apabila dia yang baru sahaja dibebaskan daripada tempoh enam bulan di penjara tiba-tiba mendapat tahu bahawa ibunya sudah meninggal dunia.
Menerusi perkongsian kakak kepada lelaki terbabit di TikTok milik @heraalex86, video memaparkan adiknya menangis dan terduduk apabila mendapat tahu pusara yang berada di hadapannya itu adalah milik ibunya.
Kita kena reda adik… Kakak dah maafkan adik. Maafkan kami tak bagitahu adik masa dalam penjara. Lagi-lagi PKP keadaan tak mengizinkan,” tulis pemilik video.
Kejadian ini dikatakan berlaku di tanah perkuburan dekat Sempelang, Kota Kinabalu, Sabah.
“Patah hati TERBESAR seorang lelaki adalah kehilangan ibunya”
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana rata-ratanya bersimpati dengan nasib lelaki terbabit dan keluarganya atas kehilangan ibu dan kakak.
Ramai yang terus memberi kata-kata semangat dan berharap lelaki tersebut tidak lagi mengulangi kesalahannya dan berubah menjadi insan yang baik.
Takziah buat keluarga pemilik video ini. Semoga ia beri pengajaran yang baik buat kita semua.