“Memang otai pakcik ni”, meskipun dah berusia masih berbakat bermain drum

Bakat untuk bermain alat muzik tidak dimiliki oleh orang ramai secara umum. Malah bakat dan latihan seharusnya seiring supaya muzik yang dimainkan itu tidak kedengaran pelik dan merosakkan sesebuah lagu. Alat muzik seperti gitar, drum, bass dan lain-lain menjadi antara yang biasa kita lihat dalam sesebuah kumpulan muzik.

Malah baru-baru ini, rakaman seorang lelaki berusia bermain drum di sebuah majlis telah mencuri perhatian ramai. Bukan calang-calang, lelaki tersebut bermain drum seakan profesional! Malah perkongsian rakaman itu turut membuatkan ramai terkejut dengan kebolehan pak cik tersebut bermain drum.

Menerusi video yang dimuat naik semula di Instagram Sinar itu, kelihatan seorang lelaki yang agak berusia sedang bermain drum. Kedengaran muzik dan lagu yang dimainkan adalah dari era pop yeah yeah. Mungkin pak cik tersebut adalah pemain drum yang aktif pada zaman itu kerana nampak dia sangat selesa dan pro memainkannya. Berikut adalah rakaman lelaki berusia bermain drum ini:

Wow, memang hebat! Perkongsian tersebut telah meraih lebih 123 ribu tontonan dan 11 ribu likes. Rata-rata warganet turut memuji kebolehan pak cik ini yang masih hebat bermain gitar.