Mayat operator jengkaut berjaya dikeluarkan

Mayat operator jengkaut berjaya dikeluarkan

Bau: Mayat operator jengkaut yang tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari di Jalan Tanjung Durian, di sini, berjaya dikeluarkan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau Tawang Lingem berkata, mangsa dikenali sebagai Anthony Kan-na, 49, dikeluarkan jam 12.23 tengah hari.

“Jentera mengorek dan menjumpai sebahagian tempat duduk jengkaut yang tertimbus.

“Komander operasi mengarahkan anggota penyelamat menjalankan kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mayat yang tersepit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian 3.18 petang semalam, mangsa bersama jengkaut yang dikendalikannya dihempap dan ditimbus runtuhan batu ketika sedang membuat kerja meratakan batu di kuari berkenaan.

Punca kejadian dipercayai berlaku daripada kerja pengeboman bagi memecahkan batu di kuari menyebabkan struktur batu tidak stabil dan runtuh.

COMMENTS