Maya Karin diserang ‘anxiety’ di set penggambaran “Otak saya beku”
Aktres terkenal Tanah Air, Maya Karin hari ini telah menceritakan kejadian yang menimpa dirinya ketika di lokasi pengambaran filem Telaga Suriram apabila mengalami serangan anxiety secara tiba-tiba.
Lebih membuatkan suasana panik adalah ketika itu dia sedang mejayakan babak di dalam air sekitar jam 3 pagi.
Nasib ada petugas medik
Perkara tersebut dikongsikan oleh Maya menerusi Instagramnya yang memperlihatkan dirinya sedang mendapatkan oksigen tambahan di lokasi pengambaran.
“Keresahan (anxiety) menyerang lagi semalam, ketika sedang menjalani penggambaran babak dalam air. Saya perlu berehat sebentar pada pukul 3 pagi untuk mendapatkan oksigen tambahan.
“Nasib baik ada medic on set. Itu yang pelik, bukannya saya tak boleh berenang, atau pun tak biasa dengan air,” tulisnya.
Punca mungkin sebab penat melampau
Menurut pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu, serangan anxiety yang dialaminya itu mungkin disebabkan oleh kepenatan yang dialami selepas kurang rehat kerana mempunyai beberapa urusan kerja dan baru tiba dari Singapura.
Tambahnya, dia berasa seperti otaknya berada dalam keadaan beku di dalam air sehingga tidak dapat menyelam dan menahan nafas.
“Rasa-rasanya antara punca semalam adalah over exhaustion (kepenatan melampau) from a hectic work trip kat Singapore dan terus ke set bagi penggambaran dalam air pada sebelah malamnya.
“Badan saya dan fikiran saya dan otak saya ke freeze zone. Otak macam jem gila bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah-tengah malam,” katanya.
Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu dia kembali pulih dan bakal menghabiskan baki pengambaran sebelum mendapatkan cuti selama 3 hari untuk berehat.
Terdahulu, Maya Karin pernah berkongsi bahawa dia telah mengalami serangan anxiety sehingga menyukarnya untuk bernafas serta tubuh badan menggeletar seluruh badan.
Sumber: Instagram Maya Karin