Mat Kilau kekal no.1 carta box office lima minggu berturut, Syamsul Yusof cipta sejarah

Mat Kilau kekal no.1 carta box office lima minggu berturut, Syamsul Yusof cipta sejarah

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof meluahkan rasa gembira apabila filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah mencatat rekod baharu apabila berjaya menjadi filem nombor satu berturut-turut selama lima minggu di box office Malaysia dan Antarabangsa selepas 33 hari ditayangkan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Syamsul di laman Instagramnya, dia seakan tidak percaya filem Mat Kilau berjaya menewaskan filem Hollywood yang lain sekali gus telah membuka mata orang ramai bahawa filem tempatan mampu berdaya saing bersama filem lain.

 

 

Katanya, dia turut mengakui terpaksa melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan dalam pembikinan filem demi untuk memenuhi citarasa serta kehendak penonton.

 

Tambahnya lagi, suami kepada pelakon Puteri Sarah itu tidak bersetuju berkenaan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak perfileman kerana dia menganggap seni itu perlu mengikut kehendak hati dan bukan kepada buku.

Malah, pengarah yang berumur 38 tahun itu menjadikan seniman agung Allahyarham P Ramlee yang berkarya mengikut kata hati sebagai rujukannya dalam menghasilkan karya seni.

Sumber: Instagram (Syamsul Yusof)