Mat Dan beri teguran isu Kak Long, jangan cari publisiti dengan kontroversi “Aku Dok Wehi”

Mat Dan beri teguran isu Kak Long, jangan cari publisiti dengan kontroversi “Aku Dok Wehi”

Meskipun Kak Long sudah kian menyepi, namun beberapa kontroversi yang terkait dengan namanya masih belum dilupakan oleh ramai pihak. Malah memetik portal Harian Metro harini, pihak polis akan memanggil Kak Long atau nama penuhnya Wan Noor Baizura untuk dirakam percakapan berhubung isu menghina orang kurang upaya (OKU) dalam sebuah rakaman video tular di laman sosial sejak minggu lepas.

Terkejut kawan saya PU Amin pula dikecam netizen…bukan salah dia yang panggil Kak Long datang

Terbaru, personaliti televisyen Mat Dan juga tampil memberikan pandangan jujurnya terhadap isu Kak Long dijemput ke sebuah program TV. Terdahulu, dia akui agak terkejut apabila rakan baiknya iaitu PU Amin turut dikecam netizen susulan tempias memuat naik gambar bersama usahawan wanita berkenaan walhal cuma sekadar memenuhi tuntutan kerja sahaja.

“Aku Dok Wehi” – Isu Kak Long, Mat Dan Tegur Usah Kejar Rating Guna Kontroversi

Jangan cari publisiti dengan kontroversi, orang kita memang suka buat gitu…doksoh la buat gitu, aku dok wehi

Selain cadangkan jemput petugas kedai serbaneka yang kena marah dalam video tular terbabit, Mat Dan juga nasihatkan stesen-stesen TV agar jangan mencari publisiti dengan kontroversi semata-mata. Sebaliknya, carilah rezeki dengan cara yang lebih baik dan dianjurkan agama. Di hujung rakaman itu, dia dedahkan rakaman itu dibuat sebelum membawa anaknya Zayne buat rawatan dengan doktor gigi.

 

Kadang rasa Mat Dan ni jelmaan orang Ganu pula…sungguh, tak brehi eh lagu tu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan semua hujah yang diutarakan oleh bekas hos travelog ‘Haramain Backpackers‘ ini. Dalam pada itu, mereka turut memuji kefasihannya bercakap dalam loghat Terengganu sudah sama tahap dengan penduduk di sana.

 

“Aku Dok Wehi” – Isu Kak Long, Mat Dan Tegur Usah Kejar Rating Guna Kontroversi