Masuk G4z4 diiringi kereta berperisai, Ebit Lew mohon maaf tak boleh selalu ‘update’

Masuk G4z4 diiringi kereta berperisai, Ebit Lew mohon maaf tak boleh selalu ‘update’
Sejak pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew pergi ke Gaza untuk tujuan misi kemanusiaan, jarang kita dapat melihat perkongsiannya di media sosial seperti selalu.

Ada satu ketika, rakyat negara ini sedikit panik apabila pendakwah itu langsung tidak memuat naik sebarang perkembangannya di sana sehinggallah beliau memecahkan kekhuatiran orang ramai dengan memaklumkan beliau berada dalam keadaan baik.

Dah masuk ke Gaza

Selepas beberapa bulan disana, Ebit Lew telah memuat naik satu perkongsian di media sosial pagi tadi dengan memberitahu sudah memasuki Gaza, Palestin diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

Terima kasih yang banyak membantu

Menurutnya, team yang disertai beliau merupakan kumpulan pertama di dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini.

Dalam perkongsian awal pagi tersebut, Ebit Lew sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, kedutan Malaysia di Mesir, Tengku Mahkota Johor (TMJ), pihak-pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan juga kerajaan Mesir yang sangat membantu dalam misi ini.

 

Tambah beliau lagi, ketika kali pertama menjejakan kaki ke bumi Palestin, perasaannya seperti pulang ke kampung halaman sendiri berkemungkinan kerana doa yang kerap kita panjatkan kepada rakyat disana.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa dia kurang memuat naik perkembangan ketika menjalankan misi disebabkan faktor keselamatan. Jadi, Ebit Lew berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan misi tersebut berjalan dengan lancar.

Sumber: Facebook Ebit Lew, Instagram Ebit Lew