Masterchef Thailand masak ekor buaya, “Buat tomyam la lagi sodap”

Masterchef Thailand masak ekor buaya, “Buat tomyam la lagi sodap”

Masterchef sebuah rancangan realiti TV berkonsepkan masakan ini sudah pun memiliki siri di beberapa buah negara seperti Indonesia, Thailand, Australia dan banyak lagi. Buat yang pernah menyaksikan rancangan ini pastinya tahu bagaimana konsep pertandingan ini.

Walaubagaimanapun, dalam satu episod Masterchef Thailand ini telah meraih perhatian ramai apabila peserta diperkenalkan dengan bahan utama masakan mereka pada hari itu. Bahan utama tersebut adalah ekor buaya yang membuatkan peserta menjerit dan tidak sangka.

Melihatkan ekor haiwan dua alam itu di atas piring sahaja sudah buat geli tekak apatah lagi kena siang dan memasaknya! Episod dalam Masterchef Thailand masak ekor buaya ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dan meraih perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian tersebut:

@_makrifatcinta_

Balas kepada @farzana.ayn26 🤣🤣

♬ bunyi asal – Moy Lah✌️ – Moy Lah✌️

Memang seketul dia bagi ekor buaya ini. Riuh studio dengan suara tak sangka peserta yang kena masak ekor buaya tersebut. Perkongsian rakaman ini telah meraih jutaan tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Giler lah 6 ekor buaya hilang ekornya…Pasni buaya semua tak dak ekor sebab cita ni punya pasai”

Masterchef thailand masak ekor buaya 3

“Masak je sis anggap tu ex”

Masterchef thailand masak ekor buaya 2

“Buat para buaya…Bertaubatlah…Sebelum anda dibawa ke masterchef”

Masterchef thailand masak ekor buaya 1