Masih berkawan baik dengan bekas kekasih, Emma Maembong anggap ia benda biasa

Masih berkawan baik dengan bekas kekasih, Emma Maembong anggap ia benda biasa

Pelakon Emma Maembong mengakui dirinya masih bersahabat baik dengan bekas kekasih dan ia bukanlah suatu kesalahan besar untuk berbuat demikian.

Ujar Emma, bekas kekasihnya pernah berada dalam salah satu episod hidupnya meskipun bukan takdir untuk mereka bergelar pasangan suami isteri.

Tambahnya lagi, perasaan benci dan marah ketika awal perpisahan itu adalah normal untuk dirasai namun bekas kekasihnya itu dianggap sebagai sejarah dalam hidupnya

Dia mengetahui serba-serbi tentang diri kita seperti suka makan apa dan juga yang pernah ambil hati kita tetapi sayangnya dia tetap bukan jodoh kita.

Perkara tersebut dikongsikan Emma menerusi hantaran di Instagram Story miliknya ketika dia mengadakan sesi Ask Me A Question bersama peminat.

Dalam pada itu, pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu berpendapat bahawa tidak perlu mewujudkan perbalahan dengan individu yang pernah dianggap sebagai kekasih.

 

Terdahulu, Emma pernah menarik perhatian entizen apabila dia berkongsi foto di Instagram yang memaparkan dia hadir ke restoran milik bekas teman lelakinya, Zizan Razak.

Emma kini bahagia bersama suami tersayang, Muhammad Shazli Azhar,32, di samping cahaya mata mereka, Shariq Gabriel yang kini berusia setahun