Marsha pulang ke kampung bawa trofi untuk tatapan ibu & ayah

Marsha pulang ke kampung bawa trofi untuk tatapan ibu & ayah

Penyanyi Marsha Milan akhirnya berkesempatan untuk pulang ke kampung halamannya di Sabah sambil membawa bersama trofi kemenangannya di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), baru-baru ini.

Menerusi hantaran terkini di akaun Instagram, Marsha dilihat memuat naik sekeping foto dirinya bersama kedua orang tuanya sambil mengenggam trofi tersebut sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Sambil memberikan dedikasi, bintang program Akasemi Fantasia musim ketiga ini mendedahkan dia pernah membuat kedua orang tuanya berasa kecewa, sebelum ini memandangkan dia bukan terdiri daripada pelajar terbaik ketika di bangku sekolah.

 

 

 

“Although My mom n dad tak tau sangat what Is AJL (walaupun beribu kali explain AJL ialah Anugerah untuk lagu yang terbaik hasil karya dari anak seni Malaysia…tetap mcm AJL?)

“Tapi apa pun bila tunjuk my trophies the look on their face was just so precious indescribable feeling.. i love you mom & dad,” tulisnya.

Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka.