“Marah ke bang..” – minta sos lebih untuk nasi goreng pataya, sekali sampai..

“Marah ke bang..” – minta sos lebih untuk nasi goreng pataya, sekali sampai..

Sebuah video lucu menjadi tular di media sosial apabila gelagat seorang pemuda ini membuka bekas makanan yang dipesan telah mengundang perhatian dan rasa lucu dalam kalangan netizen.

Difahamkan, pemuda itu ada memesan hidangan nasi goreng pataya dengan sos lebih namun apa yang dia dapat agak ‘luar biasa’ dan kelakar.

Dalam video tersebut, dia ada berkongsi makanannya sebaik sahaja dia memesan dari gerai makan.

@acabjer

marah ke bang? #fyp #masukberanda #berandafyp #makananviral

♬ bunyi asal – AsyraffAriff⚓️ – AsyraffAriff⚓️

 

Setelah membuka penutup bekas makanan tersebut, sos ‘extra’ yang dipesan telah menutupi keseluruhan nasinya itu sehingga boleh dikatakan banjir.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan menganggap tukang masak itu ‘termenung’ ketika menuang sos di atas nasi goreng pataya tersebut.

Bila kau order seminit lagi nak tutup kedai – netizen

Wah, memang betul banjir ni ya!