Marah anak tak ikut joget, tindakan Aliff Syukri terima kecaman ramai

Marah anak tak ikut joget, tindakan Aliff Syukri terima kecaman ramai

Tidak serik buat ‘hal’ di media sosial, kali ini nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi sebutan ramai sekali lagi apabila berjoget bersama dua orang anaknya iaitu Qadejah dan Ammar Ahyyan.

Video berdurasi beberapa saat itu memaparkan Aliff Syukri seronok berjoget, namun kedua-dua anaknya kelihatan terpaksa melayan, malah berasa malu melihat kelakuan bapa mereka.

Bukan saja perlu akur melayan karenah bapanya, tetapi Aliff turut memarahi Qadejah kerana enggan menari bersama serta malu-malu.

 

@aliffsyukriterlajaklaris

Manjaaa tak kami??

♬ No comment slowed version – Mas Levi🤺|| 𝐖𝐀𝐑𝐄𝐆

Tindakan yang dilakukan oleh usahawan tersebut sememangnya mengundang kecaman serta ramai berasa simpati terhadap anak-anak kerana bapa berperangai seperti sedemikian.

komen netizen
komen netizen

Bukan saja ramai meluahkan rasa simpati terhadap Qadejah dan Ammar kerana terpaksa akur, malah warganet turut pertikai tindakan Aliff menari seperti itu apabila berada di hospital.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

 

SUMBER : TikTok