“Manja dengan mama sebelum pergi”, 3 minggu teman ibu, wanita sebak anak 10 bulan dijemput Ilahi

“Manja dengan mama sebelum pergi”, 3 minggu teman ibu, wanita sebak anak 10 bulan dijemput Ilahi

Kehadiran cahaya mata adalah satu anugerah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri. Kehadiran insan kecil ini juga adalah sebagai pelengkap dalam kehidupan rumah tangga.

Tetapi berbeza pula yang dilalui keluarga kecil ini apabila kebahagiaan yang dibina bersama anak tersayang ‘hilang’ sekelip mata sahaja selepas bayi itu pergi buat selama-lamanya.

 

Tempat Thea di syurga

Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan sedih seorang ibu, Puan Reena apabila anak yang dikandung selama 9 bulan telah disahkan meninggal dunia pada usia yang sangat muda iaitu ketika berusia 10 bulan 8 hari.

Anak kecil yang dikenali dengan nama Airisthea Nur Inara Binti Wirman telah dilahirkan pada 31 Julai 2020 dan telah menghembuskan nafas terakhir pada 8 Jun 2021. Meskipun begitu, Puan Reena meluahkan rasa syukur kerana Allah SWT telah meminjamkan Thea dalam kehidupan mereka sekeluarga.

Thea seorang anak yang sangat sempurna, putih gebu, comel pipi merah, tinggi. Setiap mata yang memandang Thea mesti akan geram dengan kecomelan Thea. Tempat Thea bukan di sini, tempat Thea sana di syurga.

Thea manja-manja dengan mama

Difahamkan, Thea telah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 10 Mei lalu selepas mengalami sesak nafas akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Selepas tiga minggu bertarung nyawa di hospital, anak kecil ini telah pergi buat selama-lamanya.

Thea kuatkan semangat untuk sembuh supaya mama dapat jaga Thea selama 3 minggu dalam wad. Sepanjang dalam wad thea sama-sama mama Thea sihat dan happy ja dengan mama. Thea nda kasih tunjuk pun Thea sakit rupanya Thea mau luangkan masa dengan mama manja-manja dengan mama sebelum Thea pergi jauh tinggalkan mama.

Walaupun pahit untuk ditelan, tetapi Puan Reena redha dengan pemergian puteri kesayangan daripada dia terus menanggung derita dengan penyakit yang dihidapinya. Puan Reena berdoa agar dia dan Thea akan dipertemukan di syurga kelak.

 

Comelnya bidadari syurga


Sumber: Bunga Rs Reena