‘Mangsa seterusnya’ rakam jiran sakan bergelek, netizen selar tindakan Shuk Sahar

‘Mangsa seterusnya’ rakam jiran sakan bergelek, netizen selar tindakan Shuk Sahar

 

Pelawak dan pelakon kontroversi, Shuk Sahar menjadi sorotan warganet sekali lagi apabila dia dikatakan tidak menghormati privasi seorang wanita di sebuah kondominium yang tak dapat dikenal pasti lokasinya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pelawak yang berusia 36 tahun itu, dia telah merakam aksi seorang wanita yang sedang leka ‘bergelek’ di balkoni rumah dengan menggunakan telefon bimbit.

 

@shuksahar

#fyp #fypindonesia #singkokbagi2😅😀

♬ suara asli – Dodi Ferdieansyah – Dodi Ferdieansyah

Habislah perempuan tu, mangsa Shuk yang seterusnya

Susulan itu, tindakan yang dilakukan oleh pelawak kelahiran Pulau Pinang itu telah mencetuskan kecaman serta rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet kerana sengaja merakam dan memuat naik aksi wanita tersebut di laman sosial tanpa meminta kebenaran.

Tak pernah nak berubah!

Bukan itu sahaja, netizen turut menganggap Shuk tidak berubah dan tidak pernah serik selepas sering terpalit berkaitan isu curangnya ketika mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rossalennah atau lebih dikenali sebagai Sera.

Sumber: TikTok @shuksahar