“Mana-mana rancak” – Tak reti jawab esei, jawapan pelajar buat cikgu termenung

“Mana-mana rancak” – Tak reti jawab esei, jawapan pelajar buat cikgu termenung

Melihat pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan merupakan hadiah terbaik buat guru. Tiada apa yang lebih menggembirakan guru-guru selain anak didiknya menjadi insan berguna.

Namun, tindakan seorang pelajar menconteng kertas jawapan peperiksaan kerana tidak tahu menjawabnya membuatkan guru termenung seketika.

Mana tidaknya, dia dengan selamba memberitahu ‘tidak reti’ serta beberapa lagi perkataan kurang sopan seolah-olah mempersendakan guru.

Sambil mengawasi pelajar menduduki peperiksaan harini, saya menanda soalan esei kertas Bahasa Inggeris Tingkatan 3 yang berakhir semalam.

Ramai yang tinggalkan jawapan kosong dan tak kurang juga meninggalkan komen minta maaf kerana tak dapat menjawab.

Ada juga yang menyalin semula soalan dan ada juga yang menyalin semula petikan lain. Ini salah satu daripada sampel jawapan yang menarik perhatian saya. Termenung sekejap…

Menurut guru ini, ada juga di antara pelajarnya yang meninggalkan jawapan kosong dan memohon maaf kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada pengguna Facebook turut mengkritik tindakan pelajar ini yang dianggap terlalu biadab.

Mereka meluahkan rasa kesal dengan penggunaan media sosial yang memberi kesan negatif kepada anak-anak sehingga sanggup bersikap acuh tidak acuh dengan guru dan ilmu pengetahuan.

Kredit: Nurzuhaili Shamsudin