Man Utd kembali cipta tabiat kemenangan lewat permainan

Manchester United kembali mencipta tabiat kemenangan lewat permainan yang boleh membawa kepada cabaran mencari gelaran Liga Perdana, menurut pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Jaringan Marcus Rashford pada lewat permainan menewaskan Wolves 1-0 awal pagi tadi membawa United ke kedudukan kedua dan hanya dua mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Selepas bangkit daripada ketinggalan seterusnya menang di Brighton dan Southampton musim ini, United kini menang tiga daripada 15 perlawanan pertama musim ini ketika tambahan masa, gaya yang amat dikenali Solskjaer ketika kariernya di Old Trafford di bawah kendalian Alex Ferguson.

“Ia satu daripada mata yang kami dapat pada awal musim, kami tidak menang banyak mata pada penghujung permainan,” kata Solskjaer.

“Kami ada tradisi mengenainya di kelab. Secara jelas kami biasanya ada ramai penyokong yang membantu kami mendapatkannya.

“Kini kami menang lebih banyak mata menjelang penghujung perlawanan dan ia juga membabitkan aspek mental dan fizikal.”

Solskjaer menggambarkan kemenangan daripada persembahan kurang bertenaga itu sebagai “langkah besar” ketika United menewaskan Wolves buat pertama kali dalam lima pertemuan sejak skuad kendalian Nuno Espirito Santo kembali ke liga utama dua tahun setengah yang lalu.

“Kami bergelut berdepan mereka, ini adalah kemenangan pertama dalam liga. Kami bertemu mereka tujuh kali (sejak tiga musim lalu) dan tidak pernah ada banyak gol dalam perlawanan.”

Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/12/770216/man-utd-kembali-temui-tabiat-lama?fbclid=IwAR0Xj7nNNem3ZI3C88xEGUsCpc6AG60NaixOHH4ytNiB-ZKiG5tlKklZK2k