‘Malu tengok’ ramai kritik aksi Kaklong 7E & Ratu Farah Diva menari terkinjal-kinjal dalam lagi baru Alif Syukri

‘Malu tengok’ ramai kritik aksi Kaklong 7E & Ratu Farah Diva menari terkinjal-kinjal dalam lagi baru Alif Syukri

Sebelum ini, usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri memaklumkan dia bakal mengeluarkan lagu baharu selepas Kelepok Raya berjudul Baby Sayang yang bakal dilancarkan 10 hari lagi telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen di laman sosial.

Menerusi perkongsian di platform Instagram miliknya, Aliff meminta orang ramai untuk meneka individu yang bakal berduet bersamanya untuk lagu terbaharunya itu.

Apa yang membangkitkan kemarahan netizen, dalam rakaman tersebut kelihatan dua orang wanita yang cukup dikenali ramai iaitu Kaklong 7E dan Ratu Farah Diva sedang leka menari tanpa rasa malu di hadapan usahawan tersebut di sebuah majlis yang tidak diketahui lokasinya.

 

Sengaja nak ambil kesempatan!

Difahamkan juga, berkemungkinan Kaklong 7E dan Ratu Farah Diva akan menjadi rakan duet bersama Aliff dalam rakaman lagu terbaharunya, Baby Sayang.

Perkongsian usahawan yang berusia 35 tahun itu telah mengundang rasa tidak puas hati dan kemarahan warganet yang menyifatkan dia sengaja mempergunakan dua wanita tersebut dengan memperdayakan mereka menggunakan wang ringgit.