‘Malam ni last tidur dengan adik’, anak dijemput Ilahi, kena serangan jantung

ak dapat digambarkan betapa luluh dan hancurnya perasaan wanita ini apabila anak perempuannya yang baru berusia 3 tahun 5 bulan telah pergi buat selama-lamanya.

‘Baby mungkin tak dapat survive’

Kisah sedih ini dikongsikan oleh Noor Atiqah di akaun Facebook miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, Atiqah meluahkan rasa sedih dengan pemergian anak tercinta, Nur Imani Malaiqa. Menurut wanita ini, anaknya itu dikesan mengalami masalah jantung sejak dari usia kandungnya 34 minggu lagi.

Doktor pakar nasihatkan utk czer je supaya baby tak stress dan yes, doktor beritahu siap-siap dah baby mungkin tak dapat survive masa dilahirkan dengan problem jantung dia.

Tetapi siapa sangka, perancangan dan kuasa Allah SWT membuatkan adik Maliqa mampu bertahan selama 3 tahun 5 bulan dan dapat merasai kasih sayang sebuah keluarga, Walaupun ianya adalah satu tempoh yang singkat tetapi sudah pasti sepanjang tempoh tersebut adalah sangat bermakna. Bercerita lanjut mengenai kisah itu, Noor Atiqah memberitahu bahawa dia dimaklumkan keadaan kesihatan anaknya itu semakin merosot.

Teringat last checkup malaiqa baru-baru ni dekat IJN, doktor bagi tahu jantung dia dah banyak sangat bocor, doktor cakap kalau macam ni memang tak boleh lama dah. Hati pun dah bengkak sangat. buat operate pun tak ada guna sebab jantung dah lemah. Setiap malam mmg Eqa bangun pukul 3 pagi-subuh sebab time-time tu selalu Malaiqa kena serangan jantung.

Maliqa pergi buat selama-lamanya

Pada 7 April 2021, adik Imani Maliqa telah pergi buat selama-lamanya. Memang tak dapat dinafikan, ini adalah satu berita mengejutkan dan meruntun jiwa. Lebih menyedihkan apabila wanita ini memaklumkan bahawa arwah adik Maliqa tidak sempat berjumpa dengan adik perempuannya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Baju-baju mami baru beli adik tak sempat pakai, makanan adik nak makan malam ni pun tak sempat makan, adik tak sempat tengok baby girl, tak sempat nak sambut puasa dan raya bersama. Malam ni last mami tidur dengan adik. Esok pagi-pagi adik dah keluar rumah terus tak balik-balik dah main dekat Syurga.

Noor Atiqah mengakui bahawa dia tidak yakin sama ada dia kuat atau pun tidak untuk menerima dugaan ini. Tetapi dia berharap agar arwah tenang di sana dan berharap supaya mereka sekeluarga akan ‘berjumpa’ suatu hari nanti.

Al-fatihah


Sumber: Noor Atiqah