“Makin teruk haji ni” lepas ludah di pentas, Noh Salleh dikecam tunjuk jari tengah pula
Sebelum ini, nama nama vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh menjadi bualan hangat warganet apabila tular sebuah video memaparkan kelakuannya yang meludah ke arah penonton dianggap kurang sopan dan keterlaluan di konsert Hausboom Music 2022.
Terbaharu, tular pula video dimana dia menunjukkan jari tengah kepada peminatnya yang menegurnya ketika berada di konsert tersebut telah meraih kritikan serta reaksi negatif daripada umum.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Izzat Radzuan di laman TikToknya, dia merakam gelagat penyanyi itu dan dia sendiri tidak menyangka akan menerima simbol jari tengah daripada Noh Salleh.
@izzat.radzuan Hausboomm 2022! #hausboommusic #hausboom
Apa kena la dia ni, makin teruk dah!
Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan spontan dilakukan oleh penyanyi yang berusia 37 tahun itu kerana simbol jari yang ditunjukkan adalah tidak sopan sama sekali memandangkan dia mempunyai gelaran haji.
Kenapa dengan dia ni? Makin pelik dah
Malah, mereka turut tidak menyangka serta terkejut penyanyi tersebut akan berkelakuan seperti itu dan menyoalkan sikap Noh yang semakin menjadi-jadi berbanding dengan sebelum ini.
Sumber: TikTok @Izzat Radzuan