Makin mantap! Alif Syukri tayang badan sado dan berotot

Makin mantap! Alif Syukri tayang badan sado dan berotot

Lama rasanya kita tak dengar mengenai kisah usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman selepas sahaja isu membabitkan muzik video yang dikatakan melampau bersama penyanyi dangdut, Baby Shima.

Ternyata, usahawan berusia 35 tahun itu sebenarnya sedang sibuk membina badan agar kelihatan sado dan berotot di sebuah pusat kecergasan iaitu gimnasium.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh Aliff Syukri di laman Instagram, dia dilihat sedang bersenam di gim dengan melakukan beberapa jenis senaman seperti mengangkat bebanan.

 

Malah, dia jumpa sempat berseloroh dengan meminta warganet menggelarkannya seorang ‘Coach Aliff’ selain menawarkan diri mahu mengajar orang ramai bersenam di gimnasium.

Makin sado kalau nak berbanding dulu!

Apa yang lebih menarik perhatian adalah usahawan itu turut membuat perbandingan antara susuk tubuh dahulu dan sekarang setelah menjinakkan diri dengan gim.

Teknik salah! Kenapa perlu marketing cara lucah?

Seperti biasa, perkongsian pada kali ini kembali menjadi perhatian ramai di mana mereka mempersoalkan teknik senaman yang ditunjukkan oleh Aliff Syukri dalam video berkenaan.

Selain itu, mereka juga mempersoalkan sebab anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu menggunakan teknik pemasaran ‘lucah’ seperti yang dipaparkan dalam video berkenaan.

Aurat lelaki

Dalam pada itu, rata-rata warganet menegur cara pemakaian Aliff Syukri yang seakan tidak sopan dilihat kerana ia mendedahkan aurat seorang lelaki.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris