Makcik berani, tangkap suami curang di tempat awam
Mendapati bahawa pasangan curang dengan orang lain adalah salah satu perkara yang paling ditakuti oleh ramai wanita. Ditipu oleh lelaki yang mereka percayakan adalah satu pengkhianatan yang sukar untuk diterima.
Sesetengah wanita mungkin sanggup memaafkan pasangan mereka yang curang dan memberi lelaki peluang kedua, namun perasaan apabila mendapati pasangan mempunyai hubungan dengan wanita lain pasti membuat seseorang wanita itu sakit hati dan sukar untuk percayakan pasangan mereka lagi.
Sebuah video yang tular baru-baru ini pula menunjukkan bagaimana seorang makcik di Singapura terserempak dengan suaminya bersama dengan wanita lain ketika keluar berjalan.
Power Aunty ni oi! 😂 pic.twitter.com/Wl1wCo7kFr
— Sedark Ork Rapah Kasih Orang? 🌙 (@amer_aljeffrey) April 11, 2021
Dalam video yang dikongsikan di Twitter, makcik berkenaan dilihat sedang berperang mulut dengan wanita muda yang keluar bersama suaminya di tempat awam.
Apabila wanita itu ingin beredar, makcik tersebut memanggilnya semula untuk menyerahkan cincin kahwinnya kepada wanita itu.
Malah dia turut memberitahu wanita itu bahawa dia juga pernah kurus sepertinya semasa muda dan kini suaminya mencari wanita lain selepas dia telah jadi gemuk.
Tindakan ‘cool’ makcik tersebut dan kata-katanya membuat ramai terhibur dan kagum.