Nahas banjir yang melanda beberapa kawasan sekitar Terengganu dan Kelantan baru-baru ini ternyata menjejaskan ramai penduduk sekitar.
Menerusi gambar yang tular, banyak rumah dan kenderaan musnah akibat paras air yang semakin meningkat.
Namun, dalam pada ramai yang tertekan dengan bencana tersebut, muncul pula sebuah video memaparkan seorang peniaga menebar roti canai ketika banjir.
Menerusi video berdurasi lapan saat dimuat naik di TikTok itu, orang ramai dilihat mengerumuni peniaga tersebut untuk menikmati dan bersarapan roti canai.
@topanjey Roti canai banjirrrr satuuu #fyp #banjir #kelantan
“Ini baru roti canai kuah banjir,” tulis pemilik video berkenaan.
Pun begitu, biarpun ramai yang memuji usaha peniaga tersebut membuka kedai makan di saat banjir, masih ada yang membangkitkan isu kebersihan.
Menurut beberapa netizen, makan di kawasan berair adalah tidak bagus kerana boleh menyebakan penyebaran bakteria.
Lebih teruk lagi, ada pula netizen yang bertanya sama ada pelanggan tidak berasa geli makan dalam keadaan berair.
“Tak geli ke bro, semua benda dalam air,” tulis netizen berkenaan.
Tampil membalas komen tersebut, pemilik akaun itu menyatakan dia langsung tidak berasa geli sebaliknya lebih berselera.