Makan beradab paling sempoi, “lain dari yang lain, style shellout!”

Dalam majlis perkahwinan, pasangan pengantin biasanya akan dibawa untuk sesi makan beradab di mana pengantin akan menjamu selera bersama-sama. Biasanya lauk pauk yang dihidangkan semasa makan beradab juga berbeza dan lebih istimewa dari biasa. Tetapi pernah tak anda melihat pengantin menikmati shellout semasa makan beradab?

Sebenarnya sangat jarang untuk melihat pengantin menikmati makanan istimewa seperti shellout ini semasa makan beradab. Tetapi itulah yang dikongsikan pengguna Tik Tok ini apabila dia menerima permintaan istimewa daripada pasangan pengantin. Pengantin yang merupakan adiknya itu meminta untuk dimasakkan shellout sebagai hidangan pengantin.

@kyraamiraa

Reply to @lilymanisa sempoi ke tak😂 #fyp #fypシ #foryoupage #mekmiramasak @eydaaisya96

♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Di dalam video yang dikongsikan ini, pengguna Tik Tok ini sempat berkongsikan proses masakan yang dilakukan. Akhir sekali, dia berkongsikan reaksi pengantin menikmati shellout semasa makan beradab. Walaupun pengantin memakai pakaian serba putih, ianya tidak menghalang mereka menikmati makanan itu dengan penuh berselera.

Sampaikan pihak keluarga terpaksa meminta pengantin untuk berhenti makan kerana makan terlalu lama! Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut kagum dengan idea menghidangkan shellout untuk makan beradab. Biasanya lauk pauk yang dihidangkan tidak menaikkan selera pengantin dan hanya sekadar cantik sahaja.