Makan aiskrim dalam kereta, wanita cuak diekori dan diperhatikan lelaki tua

Makan aiskrim dalam kereta, wanita cuak diekori dan diperhatikan lelaki tua

 

Baru-baru ini, perkongsian dari seorang wanita ini menjadi tular di media sosial selepas dia berkongsikan satu kejadian menakutkan yang berlaku. Menerusi video yang dimuat naik ini, wanita itu memberitahu dia sedang memandu sendirian sambil menikmati aiskrim apabila dia menyedari sedang diekori seseorang.

Menurutnya, seorang lelaki pertengahan usia dilihat mengekorinya selama kira-kira 10 minit malah turut merenungnya dari dalam kereta. Difahamkan, lelaki tua tersebut memerhatikan wanita itu menikmati aiskrim di dalam kereta dengan pandangan yang menakutkan.

Jelasnya lagi, sewaktu kejadian berlaku dia memandu kereta milik abang iparnya dan singgah sebentar untuk membeli aiskrim. Semasa sedang menikmati aiskrim itu seorang diri, muncul lelaki tua itu yang memandu sebuah kereta Alza berada bersebelahan dengan keretanya.

 

@flwrbloom3

There is a difference between LOOKING and STARING! This creepy old man been following me and give me that look for almost 10 min #harassment #harassmentawareness

♬ Stand up – Zeda

 

Perkongsian video ini turut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengutuk tindakan lelaki tua tersebut. Malah ramai yang menganggap individu itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap wanita itu kerana sanggup mengekorinya selama 10 minit dan memerhatikannya dari jauh.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut bersimpati dengan nasib wanita itu yang pastinya trauma dengan apa yang berlaku. Dalam masa yang sama, rata-rata kaum wanita turut sama berkongsikan pengalaman yang sama diekori oleh lelaki yang tidak dikenali semasa memandu sendirian.

“Sebab tu I pasang tinted. I pernah siap kena kejar atas highway tau.”

wanita

“Nak makan pun tak senang sekarang kan.”

lelaki tua

“Saya pun pernah kena macam ni tapi orang tu dua orang naik motor, takut sangat dah lah tengah sorang-sorang masa tu…”

komen

“Turun tingkap pastu tenung dia balik tanya ada apa masalah ke. Lepas dari tu kalau masih ekori terus slow slow ke balai…”

tik tok

 

SUMBERTIK TOK