‘Mak beritahulah polis, nanti kita semua mati ayah pukul….’
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti inginkan perkahwinan mereka bahagia hingga ke anak cucu, Namun tidak semua impian itu menjadi nyata.
Setelah koma sejak hari pertama dikejarkan ke wad kecemasan pada 26 hari yang lalu, seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Khodijah telah pergi buat selama-lamanya dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala.
Berkahwin atas dasar cinta
Anak-anak arwah Puan Siti kini sedang demam merindukan ibunya yang telah pergi buat selama-lamanya dan anak sulung yang berusia tujuh tahun telah dibawa ke bahagian kecemasan Hospital Petani bagi mendapatkan rawatan.
Dikatakan mangsa telah berkahwin bersama suaminya atas dasar cinta sejak lapan tahun lalu. Walau bagaimanapun, momen-momen indah berkenaan hanya sempat dikecapi selama dua tahun sahaja sebelum suaminya berubah menjadi panas baran serta kaki pukul.
Keadaan bertambah buruk apabila suaminya itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan menyebabkan tubuh badan isterinya itu menjadi mangsa sepak teranjangnya kerana alasan-alasan yang kecil. Ketika bersama juga mangsa diperlakukan sesuka hati termasuk dipukul oleh suaminya itu.
Setiap kali mangsa dipukul oleh suaminya, anak-anak mereka hanya mampu menangis akibat ketakutan dan lebih mengejutkan lagi apabila suaminya itu membeli rota semata-mata untuk merotan anak-anak serta isterinya itu.
Bukan hanya tubuh Puan Siti sahaja yang birat, anak-anak yang berusia 7, 4, dan 3 tahun pun turut mengalami nasib yang sama. Hanya si bongsu saja yang tidak pernah disentuhnya.
Dipukul dan ditendang ketika sedang sarat hamil
Anak sulung kepada mangsa akui bahawa pengalaman hitam yang dilalui olehnya itu tidak dapat dilupakan, dia dan ibunya dibelasah teruk hanya sebab tersalah menggunting rambut ayahnya itu dan apabila ibunya cuba untuk membetulkan, ibunya ditendang sehingga terperosok ke dinding.
Ternyata tiada lagi tempat buat lelaki yang bernama ayah di dalam kamus hatinya. Istilah rindu terhadap ayah yang sudah enam bulan hilang dari pandangan itu tidak pernah wujud sama sekali.
Apabila ditanya kepada Puan Siti kenapa dan bagaimana dia masih bertahan walaupun sudah bertahun didera oleh suaminya itu, dia mengatakan bahawa dirinya tidak bekerja serta anak-anaknya masih kecil. Jika bercerai, dia risau anaknya tidak dapat makan dan ibunya orang yang susah dan ayahnya telah meninggal dunia.
Detik hitam berlaku pada dua tahun lalu ketika mangsa sedang sarat hamil anak bongsu mereka. Dia dikatakan dipukul serta ditendang pada badan belakang hanya kerana meninggalkan anak-anak dirumah ibunya untuk pergi ke klinik.
Selepas insiden itu, suami keluar bekerja dan bermalam di tempat kerja. Tinggallah dia menangis menanggung kesakitan. Sakit dipukul, sakit lagi hati yang menanggung segala derita.
Menjelang waktu subuh, mangsa akhirnya melahirkan anak di bilik air selepas suaminya itu tidak menjawab telefon. Selepas 40 minit bertarung nyawa sebelum ahli keluarga tiba untuk memberi bantuan, mangsa dikatakan mengesot keluar daripada bilik air dalam keadaan yang berlumuran darah sambil mengendong bayi yang baru dilahirkannya dan urinya berjaya dikeluarkan.
‘Mak.. bagitau lah polis suruh tangkap ayah’
Suaminya dibuang kerja beberapa bulan selepas mangsa bersalin kerana masalah dadah dan sejak daripada itu Puan siti terpaksa menadah tubuh untuk dipukul oleh suaminya itu dan mereka anak beranak terpaksa mengikat perut.
Meskipun diperlakukan sebegitu, mangsa tetap ingin mempertahankan rumah tangganya sehingga dia tidak dapat menyembunyikan lagi daripada keluarganya setelah wajah dan tubuhnya lebam dipukul suami.
Mak.. Bagitaulah polis suruh tangkap ayah. Nanti kita semua mati ayah pukul…
Mendengar kata-kata daripada anak sulungnya itu membuatkan dirinya nekad untuk melaporkan kepada pihak polis dan akhirnya suaminya ditahan. Dikatakan suaminya telah dibebaskan dan telah pulang ke kampung halamannya dan sejak daripada itu hubungan mereka terputus dan tiada sebarang nafkah diberikan untuk anak-anak serta dirinya.
Mangsa telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada 2.50 pagi hari ini dan jenazah akan dibawak ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Assisten Komisioner Adzil Abu Shah telah mengesahkan mengenai kematian mangsa, namun masih lagi menunggu laporan bedah siasat.
Sumber : Natipah Abu