Main doktor-doktor, Anak selamba cabut gigi palsu ayah

Main doktor-doktor, Anak selamba cabut gigi palsu ayah

Ibu bapa selalunya mesti akan luangkan masa untuk bermain dengan anak-anak. Pada masa ini juga, anak-anak mempunyai daya imaginasi yang sangat tinggi dan suka mencuba. Baru-baru ini pula, video kanak-kanak perempuan bermain sebagai doktor dengan ayahnya mencuri tumpuan ramai.

Situasi yang melucukan ini dirakamkan semasa kanak-kanak perempuan ini sedang bermain doktor-doktor bersama ayahnya. Tanpa disangka, satu kejadian melucukan berlaku sekaligus mengundang ketawa ramai.

@miranirwani93

hari ni doc qistina on duty gais. bersama persakit dia yg gigi sakit 😂 #fyp #foryoupage

♬ bunyi asal – Mira nirwani – Mira nirwani

Di dalam video yang dikongsikan ini, kanak-kanak perempuan itu berlakon sebagai seorang doktor gigi manakala ayahnya menjadi pesakit. Semasa melakukan ‘rawatan’ pada pesakitnya itu, kanak-kanak ini tidak sengaja menarik gigi palsu yang digunakan ayahnya.

Kejadian itu turut membuatkan si ayah ketawa besar sambil cuba mendapatkan semula gigi palsu yang dicabut anaknya itu. Si ayah kemudian segera mengambil gigi palsu itu dari anaknya dan memakainya semula seperti biasa.

Walaupun kejadian itu mengundang ketawa dari kedua ibu bapanya, kanak-kanak perempuan itu dilihat selamba dan langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur dengan insiden yang tidak dijangka ini.