Mahu rasai pengalaman berniaga di Pasar Siti Khadijah, Fazura gembira akhirnya impian terlaksana

Mahu rasai pengalaman berniaga di Pasar Siti Khadijah, Fazura gembira akhirnya impian terlaksana

 

 

 

 

 

Pelakon cantik, Nur Fazura mendedahkan dirinya mempunyai impian untuk bergelar sebagai seorang peniaga selain pramugari ketika masih kecil.

Kini, impiannya untuk menjadi peniaga tercapai ketika mengunjungi Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya iaitu myfazura, dilihat Fazura dapat merasai pengalaman menjual sayur-sayuran di salah sebuah kedai di pasar tersebut.

“Saya teringin nak rasai sendiri pengalaman menjual di Pasar Siti Khadijah dengan peniaga-peniaga wanita yang ada di sini.”kata isteri kepada pelakon Fattah Amin.

Apa yang lebih membuatkan pelakon berusia 39 tahun itu teruja adalah dia berjaya melayani seorang pelanggan yang datang hendak membeli sayur di situ.

 “Alhamdulillah, apabila ada pelanggan yang datang membeli, rasa tercapai impian saya nak menjual itu,”ujarnya lagi video Fazura Ke Pantai Timur.