“Macam Bilal jugak ni” Tutup wajah anak, Elly Mazlein disindir netizen

“Macam Bilal jugak ni” Tutup wajah anak, Elly Mazlein disindir netizen

 

Ramai sedia maklum selebriti terkenal, Elly Mazlien kini bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata setelah selamat melahirkan zuriat lelaki pada Oktober tahu lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini dia masih belum mendedahkan wajah sebenar anak lelakinya bersama suami, Mohammad Azlan Che Noh kepada tatapan umum.

Bukan itu sahaja, malah Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom jarang berkongsi kisah anak-anak termasuk anak sulungnya bersama bekas suami, Azmi Hatta iaitu Putri Sara Sefhia kepada khayalak ramai.

 

 

Elly kongsi video anak lelaki, Haider

Terbaharu Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom berkongsi sebuah video mengenai anak lelakinya, Haider Mateen di laman Instagram sehingga menjadi perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, dilihat Haider memakai baju baju romper berwarna putih mempunyai gambar pasukan bola sepak terkemuka, Manchester United beserta kapsyen ringkas.

““Alahhh alahhh anak boboy mama nihh 🥰🥰🥰.”-Tulis Elly Mazlein

 

Comelnya dia…

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen di mana ramai meluahkan keterujaan melihat telatah Haider. Malah, rata-rata mereka memuji kecomelan anak lelaki aktres tersebut.

Kawan Bilal ke ni?

Malangnya, terdapat segelintir netizen meninggalkan komen seakan ‘menyindir’ hos program realiti Gegar Vaganza itu dengan menyamakan tindakan menutup wajah Haider seperti selebriti terkenal iaitu Noor Neelofa.

Mana tidaknya, sehingga kini Neelofa masih belum mendedahkan wajah sebenar anak lelakinya iaitu Muhammad Bilal kepada umum, sebaliknya sentiasa berkongsi perkembangan semasa.

Ikut suka hati dia la nak kongsi muka ke tak

Terdahulu, Elly Mazlein memaklumkan dia enggan berkongsi wajah dua orang anaknya supaya kanak-kanak itu tidak terpalit dengan populariti dunia seni.

Pelakon drama Kampung People itu berkata, setiap ibu bapa berhak memilih cara terbaik dalam membesarkan anak-anak mereka sekali gus tidak perlu dijadikan sebagai isu besar.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkahwin dengan seorang guru dikenali sebagai Azlan pada Januari 2020 dan dikurniakan anak lelaki, Haider Mateen yang memasuki usia setahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama pengarah Azmi Hatta pada 2015, dia dikurniakan cahaya mata sulung Putri Sara Sefhia yang mencecah usia enam tahun.

Sumber: Instagram @iamellymazlein