Lucinta Luna mengaku bohong kehamilan, pakwe tak tahu dia ‘wanita jadian’

Lucinta Luna mengaku bohong kehamilan, pakwe tak tahu dia ‘wanita jadian’

Selepas mengaku yang dirinya hamil dan bakal melahirkan anak kembar tidak lama lagi, selebriti penuh kontroversi dari Indonesia, Lucinta Luna akhirnya mengaku yang dirinya tidak hamil dan hanya menjadikan hal tersebut sebagai konten.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh rakan duet usahawan kosmetik Malaysia, Datuk Seri Alif Syukri dan Nursajat untuk lagu Bobo Dimana di podcast artis Indonesia, Adiez Gilang.

Mengaku bohong tentang kehamilan

Menerusi pengakuan tersebut, Lucinta Luna memaklumkan apa yang dilakukan hanya sekadar gurauan memandangkan ramai sudah mengetahui siapa dia sebenarnya.

“Jadi hamilnya hamil di luar nalar, bukan di luar nikah. Udah sih anggap aja komedian. Semua serba halu, udah sih anggap aja semua komedi, ngapain dibaper-baperin,”
“Padahal sebagian orang udah tahu siapa gue ya, tapi masih ada aja orang yang percaya ya,” kata Lucinta Luna sambil tertawa.

Cuma bergurau je

Dia juga memaklumkan apa yang dilakukan hanya untuk kontroversi sahaja dan tidak perlulah netizen untuk mempercayai ataupun mengambil serius gurauan tersebut.

Tambahnya, ‘kehamilan’ yang direka itu hanya terinspirasi dengan berita kehamilan selebriti besar Indonesia, iaitu isteri kepada Raffi Ahmad, Nagita Slavina.

“Ya cuma biar supaya besar lagi lah (tenar). Gausah seriusin kali, gausah percaya,” 
“Aku ngefans banget sama mama Gigi. Kan dia panutan satu Indonesia, ya dari angle mana pun foto cantik banget. Kiblat aku mama Gigi. Ya dibuat happy aja, bosen dulu aku halu, ya aku komedian aja. Yang dulu biar berlalu, menghibur masyarakat aja,” katanya.

Boyfriend tak tahu yang dia transgender

Selain itu, Gilang turut bertanyakan kepada selebriti tersebut perihal kekasihnya atau lebih dikenali sebagai ‘papa ur son’ sama ada mengetahui siapa sebenarnya Lucinta Luna.

Menurut Lucinta, dia sememangnya mencari lelaki yang tidak mengetahui siapa dirinya yang sebenar (transgender). Dia juga mengakui yang ramai wanita mulai meninggalkan mesej kepada teman lelaki mat salehnya sejak dia ‘membawa’ lelaki itu ke public.

Ya memang bulenya yang suka sama aku ya aku kan udah gak laku disini. Aku cari bule yang gak tau latar belakang aku. Iya (Idris) gak tau. Baru aja aku kenalkan ke publis, banyak cewek yang DM dia dan tidak digubris.
Model semua ada selebgram centang biru DM dia, tapi dia tetap cinta aku karena aku apa adanya,”
“Aku dikasih uang Rp100 juta dan habis beli diamond kan. Dikasih dia lagi segepok. Nah itu yang buat cewek suka, ganteng, body atletis, semua jadi satu makanya ratu sawer tergila-gila,” ucap Lucinta Luna. 

Terdahulu, selebriti yang tak henti dengan kontroversi ini telah membuat negara Indonesia dan Malaysia ‘kecoh’ setelah mengaku hamil di Instagram apabila memuat naik video sambil menunjukkan alat ujian kehamilan.

Walaupun tahu selebriti tersebut sekadar ‘berfantasi’ sahaja, namun dia tetap gigih membuktikan kehamilannya dengan membuat maternity photoshoot walaupun baru tiga minggu umumkan kehamilannya.

 

Sumber: YouTube Adiez Gilang, Instagram Lucinta Luna