“Luar biasa..” Gelagat wanita rendam anak dalam spaghetti bikin ramai terhibur

“Luar biasa..” Gelagat wanita rendam anak dalam spaghetti bikin ramai terhibur

Anak-anak membesar dengan begitu cepat. Satu ketika mereka masih dalam lampin tetapi pejam celik pejam celik mereka sudah nak masuk universiti. Jadi tidak hairanlah ibu bapa ingin merakam setiap saat anak-anak ketika kecil dan masih dalam dakapan mereka.

Daripada gelagat mereka ketika makan mahupun ketika menyambut hari jadi pertama, ibu bapa pasti akan merasa nostalgia apabila melihat semula gambar dan menonton video yang mereka rakam ketika anak-anak masih kecil.

Seperti seorang wanita dari TikTok ini, dia ingin merakamkan saat yang lucu dan menyeronokkan untuk anak lelakinya sebagai kenangan.

@adams_food

dinner is served🍝🇮🇹 #babiesoftiktok #momsoftiktok #fyp #ItsOurHome

♬ Italian Dinner Party – Italian Restaurant Music of Italy

Namun dekorasi untuk photoshoot anaknya itu adalah agak luar biasa sehingga membuat penonton tidak selesa.

Dalam video yang tular di TikTok dengan 32 juta tontonan, wanita berkenaan dilihat meletakkan anaknya bernama Adam di dalam sebuah periuk besar di atas dapur.

Dia kemudian memasukkan pasta yang telah direbus ke dalam periuk tersebut, sebelum menuang sos tomato dan menggaulkan hidangan itu bersama anaknya di dalam.

@adams_food

spaghetti photoshoot🍝😭❤️ #babiesoftiktok #momsoftiktok #speghetti #dinnertime #fyp #ItsOurHome

♬ Leave The Door Open – Bruno Mars & Anderson .Paak & Silk Sonic

Kanak-kanak itu dibiarkan memakan spaghetti di dalam periuk sehingga mukanya comot dengan sos agar wanita tersebut dapat menangkap gambar anaknya berwajah lucu.

Walau bagaimanapun ternyata ramai yang tidak setuju dengan pembaziran yang dilakukan ibu berkenaan selain risau sos spaghetti itu akan masuk ke dalam mata budak tersebut.

Sementara itu jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah ini.