Lompat pusing 180 darjah untuk sambut jaringan, rupanya ini maksud ‘Siuuu’ dilaung oleh CR7

Lompat pusing 180 darjah untuk sambut jaringan, rupanya ini maksud ‘Siuuu’ dilaung oleh CR7

Setiap kali bola sudah menerjah jaring hasil rembatan atau tandukan daripada Cristiano Ronaldo, sudah pasti rata-rata peminat bola sepak mengetahui bahawa satu laungan akan membuatkan stadium bergema. Ya, laugan ‘siuuu’ yang sering kita dengar apabila bintang Portugal itu menjaringkan gol buat pasukannya.

Cristiano Ronaldo yang kini bermain untuk kelab Manchester United nampaknya sudah menunjukkan taringnya apabila berjaya menjaringkan dua gol dalam debut keduanya. Walau bagaimanapun, apa sebenarnya maksud di sebalik laungan ‘siuuu’ yang sering kita dengar apabila pemain ini mula meluncur ke udara sambil memusingkan badannya 180 darjah?

Seperti yang dilaporkan Mirror UK, Ronaldo telah menjelaskan perkara berkenaan dalam satu wawancara pada tahun 2019.

“Saya pada mulanya mengatakan ‘si’ seperti membawa maksud ‘yes’ ketika berada di Real Madrid”

“Ketika kita menang, semua orang akan mengatakan ‘siiii’ dan saya mula mengatakannya. Saya tidak tahu mengapa, tetapi itu wajar”

“Saya berada di AS dan kami bermain menentang Chelsea (2013)dan saya tidak tahu dari mana asalnya, perayaan itu”

“Saya baru saja menjaringkan gol dan ianya keluar. Itu wajar, jujur. Sejak itum saya mula melakukannya lebih kerap dan saya rasa penyokong melihatnya dan mereka seperti ‘Cristiano, siuuuuuu’.

“Saya seperti wow! Orang teringatkan saya kerana sambutan itu, jadi bagus dan saya akan terus melakukan seperti itu”

 

Sumber: Mirror UK