“Lisa humble gila” – Santai makan di gerai, Lisa Blackpink jadi perhatian peminat

“Lisa humble gila” – Santai makan di gerai, Lisa Blackpink jadi perhatian peminat

Ramai yang mengetahui bahawa penyanyi terkenal iaitu salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Lisa berasal dari Thailand. Dia bagaimanapun sering dipuji humble kerana meskipun dikenali di seluruh dunia namun tetap tidak melupakan asal usulnya.

Malah sering pulang ke kampung sekiranya mempunyai masa terluang. Namun begitu, Lisa Blackpink mendadak menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini apabila difahamkan selepas dua, tiga tahun, dia akhirnya kembali ke negaranya.

 

Terbaharu, Lisa bagaimanapun mencuri tumpuan umum sekali lagi dengan sikap humble dirinya yang dipercayai sedang makan disebuah gerai bersama seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Meskipun popular, sikap humble dirinya yang selamba lepak di gerai mencetuskan peminat di Malaysia juga memuji anggota kumpulan Blackpink ini

 

@peupeu_27

Balas @owleo0327 Akhirnya bisa kumpul bareng sama seluruh keluarga dan teman-temannya 😭💛#lisa #blackpink #fyp #fypシ #fypage

♬ suara asli – favmusicvibes – favmusicvibes

Video dikongsikan itu bagaimanapun dengan pantas meraih perhatian warga TikTok dengan ribuan tanda suka ditinggalkan oleh peminat yang mana turut masuk keruangan fyp atau for your page pengguna di Malaysia.

“Santai je dia lepak kedai gituu”

Lisa“Cam lepak mamak, dia punya selamba…”

Lisa

“Sumpah Lisa humble gila, selalu makan kat kedai ‘kecil atau gerai’ macam ni… Aa nak nangis”

IMG_20220324_134840

“Lisa yang idol terkenal kat seluruh dunia pun rilek je makan kat kedai biasa…ha terharu aku”

IMG_20220324_134853