Lipas beranak pinak dalam kabinet, letak 4 bahan ini pasti hilang habis
Biasalah bab serangga perosak ni memang sukar nak dibendung apatah lagi di dapur, tempat paling banyak makanan.
Kadang-kadang nak ambil periuk pun takut sebab nanti ada lipas yang selamba keluar dari tempat persembunyian.
Kalau takut sangat mahu habis satu botol spray racun serangga, tu pun belum tentu lagi lipas tu mati.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Ummiakid mengenai cara cepat menghapus lipas dari menghuni kabinet dapur.
“Saya dah cuba cara ni selama hampir tiga bulan dan alhamdulillah dengan izinNya kini kabinet dapur saya tak diziarahi lipas lagi.
“Mungkin lipas ni tak suka kot bauan tu jadi tak mendatang dah kabinet pun bebas lipas buat masa ini.”
Bahan-bahan:
- Uncang teh kosong
- Cengkih
- Buah pelaga
- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
Cara-cara:
1. Bersihkan terlebih dahulu kabinet dengan tisu basah dan pastikan lap ia dengan tisu dapur serta pastikan tiada tanda-tanda lipas menghuni.
2. Masukan cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam teh uncang kosong (boleh cari dekat shopee). Lebihkan cengkih dan buah pelaga.
3. Disarankan letak 3 atau 4 beg dalam kabinet tu.
4. Ikat pada tombol pintu kabinet atau campakkan sahaja di dalam kawasan kabinet.
“Cubalah, mana lah tahu berhasil untuk anda juga. Berjaya untuk saya tidak semestinya orang lain akan dapat keputusan sama. Apa-apa pun usaha itu tangga kejayaan.”