“Limited ada bulu mata lentik” – Nak marah kereta lain, lelaki tergamam tengok ‘eyelash’ kereta sebelah
Sejak penguatkuasaan larangan bagi kereta berhenti dalam petak ruangan motosikal di simpang jalan, ramai pengguna mula peka dan tidak berhenti sesuka hati dalam petak tersebut.
Akan tetapi, ada lagi pemandu yang memberhentikan kereta di situ atau mungkin mereka tidak sedar akan kesilapan yang dilakukan.
Semalam tular di TikTok, video seorang lelaki yang ingin menegur pemandu kereta yang berhenti di ruang motosikal namun, satu perkara yang mengalih perhatian apabila dia ternampak sebuah kereta di sebelahnya yang memakai bulu mata pada lampu kereta.
@_abg_long_ Tak nak kalah ooo…ada bulu mata…#fyp #fypシ #fypppp #sayapilusi #tenangisgood #kontisayapilusi #sakateam
Pada ketika itu, lelaki tersebut dan kereta lain sedang berhenti di simpang jalan sambil menunggu lampu isyarat.
Dia ternampak sebuah kereta berwarna hitam berhenti dalam petak motosikal tersebut.
Lelaki itu meluahkan rasa marah kerana melihat kereta itu melanggar undang-undang jalan raya.
Dia tahu ke tidak, yang dekat merah (petak) tu untuk apa? Kat situ tempat motor tu.
Ketika merakam video itu, dia tertarik pula melihat sebuah kereta berwarna putih di sebelahnya yang memakaikan bulu mata lentik pada lampu kereta.
Mula aku nak ambik kereta yang itu.. tapi aku lebih tertarik dengan yang ni ha! Ada bulu mata. Nak marah tak jadi sebab aku lebih terhibur!
Sambil melihat situasi itu, dia ketawa terbahak-bahak kerana niatnya yang mahu menegur pemandu kereta yang melanggar peraturan jalan raya bertukar menjadi jenaka selepas melihat kereta berbulu mata lentik itu.
Menyingkap di ruangan komen, ramai warganet terhibur melihat situasi dalam video tersebut.