Lewis Hamilton buat rakaman ikan di Malaysia? “10 years with Petronas”

Lewis Hamilton buat rakaman ikan di Malaysia? “10 years with Petronas”

 

Kalau korang merupakan penggemar sukan lumba kereta Formula 1 (F1), sudah semestinya nama juara dunia, Lewis Hamilton takkan asing lagi kan? Malah, untuk berjumpa dengan jaguh F1 ini pun merupakan wishlist peminatnya di Malaysia.

Baru-baru ini, perkongsian seorang netizen @aimanhxzm di Twitter menunjukkan gambar Lewis berada di sebuah stesen minyak Petronas di ibu negara telah menyebabkan ramai yang teruja.

 

 

Komen Full 5

Memang jelas ramai yang teruja dapat berjumpa dengan Lewis depan-depan! Namun, tak kurang juga yang mempertikaikan keaslian gambar tersebut kerana ada yang mengatakan ianya hanyalah gambar suntingan semata-mata.

Ekoran itu, netizen lain yang turut berada di stesen minyak Petronas Ampang juga kongsikan beberapa gambar Lewis membuktikan bahawa keberadaannya di Malaysia adalah benar dan tiada suntingan dibuat seperti yang dikecohkan.

 

Bukan ke tadi dia ada Australia GP?”

Difahamkan Lewis tiba di Malaysia pada tengah hari Isnin selepas tamat perlumbaannya di Australia GP. Malah, dipercayai Lewis berada di Kuala Lumpur untuk melakukan penggambaran siri iklan Petronas.

 

F1

Sumber: Instagram

Menurut sumber, Petronas merupakan salah satu penaja utama untuk pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 yang mana menjadi perlumbaan untuk Lewis Hamilton. Bukan itu saja, kru produksi juga dilihatkan berada di stesen minyak tersebut.

Kalau min pun dah seronok sangat dapat jumpa walaupun jauh semeter pun! Selalu tengok kat TV je!