Lepas main bedak, dia pura-pura tido pulak, takut kena marah lettew

Kanak-kanak memang penuh dengan imaginasi dan telatah yang tidak dapat dijangka oleh orang dewasa. Dalam proses membesar ini, mesti ada banyak perkara baru yang dicuba mereka. Sama ada bermain dengan permainan mereka sendiri atau benda-benda lain yang tidak dijangka.

Baru-baru ini, sebuah video viral di mana seorang kanak-kanak lelaki berpura-pura tidur selepas kantoi bermain dengan bedak wangi. Aksi lucu kanak-kanak itu dikongsikan di Tik Tok di mana video tersebut telah menerima hampir dua juta tontonan tidak sampai sehari dikongsikan. Video tersebut turut mengundang tawa para netizen yang menonton.

@keropoklekormatrizz

ooo dah main bedak pura2 tdo

♬ original sound – Keropok Lekor Matriz – Keropok Lekor Matriz

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita ini berjaya ‘menangkap’ aksi kanak-kanak lelaki ini yang kononnya tertidur di sofa. Apa yang melucukan, kanak-kanak itu tidur dalam posisi duduk sambil badannya penuh dengan bedak malah bedak itu juga bertaburan di atas sofa. Tetapi sebaik saja wanita itu menegurnya, kanak-kanak lelaki itu tidak melayannya dan meneruskan tidurnya.

Bukan saja bijak melarikan diri dari ditangkap tetapi idea comel kanak-kanak ini turut membuatkan netizen sama terhibur. Walaupun kononnya sedang tidur, dia sempat lagi membalas pertanyaan wanita itu ketika ditanya sama ada betul ke kanak-kanak itu sedang tidur. -HCL