“Lepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat”, Oktovia Manrose selamat bersalin anak perempuan

“Lepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat”, Oktovia Manrose selamat bersalin anak perempuan

Setahun mendirikan rumah tangga, pelakon cantik, Oktovia Manrose telah memaklumkan yang dia dan suami, bekas pemain bolasepak Melaka United iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa telah selamat menimang cahaya perempuan.

Selamat lahirkan anak perempuan

Ujar pemilik nama sebenar, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, puteri tersayang telah dilahirkan ada 6 Disember 2022 yang lalu kira-kira jam 8.40 malam.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Oktovia mengucapkan rasa syukur yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T kerana mengurniakannya dan suami seorang lagi cahaya mata.

 

Janji akan besarkan anak ikut aturan Allah

Selain daripada itu, dia juga sempat memberikan ucapan sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan yang sentiasa menjadikannya seorang yang istimewa.

Dia juga berharap agar zuriat mereka ini dapat membesar menjadi seseorang yang bertakwa dan taat dengan aturan Allah S.W.T.

 

 

Sangat bersyukur timang zuriat lagi selepas 11 tahun

Oktovia juga turut mengakui tidak sangka dapat kembali menimang cahaya mata selepas 11 tahun yang lalu dan sangat bersyukur dengan kuniaan ini.

 

Untuk rekod, Oktovia Manrose telahpun mempunyai seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan pertamanya. Pada penghujung tahun 2021, pelakon terbabit telah bernikah dengan Khairul Efsan dan menimang cahaya mata perempuan pertama mereka awal Disember tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada Oktovia dan Khairul Efsan atas kelahiran anak pertama mereka.

 

Sumber: Instagram Oktovia Manrose