Lembu yang disembelih di Perak perlu dapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Lembu yang disembelih di Perak perlu dapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak telah mengesan penularan penyakit kulit kental atau lebih dikenali sebagai Lumpy Skin Disease (LDS) yang menjangkiti ternakan lembu dan kerbau di negeri itu. Malah, pihak JPV turut memantau agar ladang di Simpang Pulai itu tidak menjual lembu ternakan yang sakit di pasaran.

Namun, terdapat beberapa laman Facebook yang memuat naik posting mengelirukan umum sehingga dipercayai menasihati orang ramai untuk tidak membeli daging lembu dengan harga yang murah.

Posting mengelirukan ramai

Terdapat beberapa posting tersebar sebelum ini yang mencetuskan kekeliruan umum dengan menasihati orang ramai supaya mengelak untuk membeli daging lembu ketika ini susulan jangkitan penyakit pada haiwan berkenaan. Malahan, posting berkenaan mendakwa dan khuatir penternak menyembelih lembu yang dijangkiti secara bersembunyi untuk dijual kepada pelanggan.

Elak berita palsu

Sumber: Public Health Malaysia

Sementara itu, menerusi posting di laman Facebook rasmi Public Health Malaysia memperingati agar orang ramai tidak terpedaya dengan penyebaran makluman tidak sahih mengenai kenyataan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak itu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan seperti yang tertera. Kasihanilah peniaga dan penternak kecil kecilan tempatan.

Malah, JPV Perak sebelum ini telah menasihati orang ramai untuk tidak mudah panik dengan sebarang penyebaran berita palsu mengenai daging lembu yang dijual di pasaran. Menerusi laporan Bernama, mana-mana lembu yang akan disembelih untuk tujuan pasaran perlu mendapat kelulusan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar terlebih dahulu bagi mengelak daripada sebarang penyakit.

Orang ramai juga tidak perlu panik kerana mana-mana ternakan yang hendak disembelih mesti mendapat kebenaran daripada JPV dalam memastikan ia bebas dari penyakit berjangkit.

Sumber: Public Health MalaysiaKelantan Info Semasa