Lembu terperanjat lihat lelaki menyorok, “Dengan aku-aku sekali jerit”

Lembu terperanjat lihat lelaki menyorok, “Dengan aku-aku sekali jerit”

Setiap haiwan memiliki keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Ada spesis yang dipelihara bagaikan keluarga sendiri, ada juga sejenis yang diternak untuk mendatangkan keuntungan. Semuanya bergantung kepada tujuan mengapa sesuatu haiwan itu dipelihara.

Namun begitu, baru-baru ini satu video yang memaparkan seekor lembu terperanjat telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, kelihatan lembu tersebut pada awalnya berjalan seperti biasa. Tiba-tiba ia terperanjat selepas ada seorang lelaki yang juga terkejut dengan kehadiran lembu itu.

Apatah lagi reaksi haiwan melompat hingga terkejut gara-gara kehadiran lelaki tersebut. Berikut adalah rakaman lembu terperanjat lihat lelaki menyorok yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @_abangmox ini:

@_abangmox

#viral 😂😂😂 #ohno#trending#funny#foryou#foryoupage

♬ Oh No – Kreepa

Betul terkejut lembu tersebut sampai melompat dan terjatuh! Bukan main sakan orang dalam video ini mengenakan lembu itu ya. Apa-apa pun perkongsian rakaman lembu terperanjat ini telah meraih hampir 5 juta tontonan dan 400 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman ini.  Berikut antara reaksi selepas menyaksikan rakaman ini di ruangan komen:

“Dengan aku2 sekali jerit weiii”

Lembu Terperanjat 4

“Ya Allah sian nye lembu tu. Dia pun ikot terkejut”

Lembu Terperanjat 3

“Tengok berapa kali pun tetap gelak”

Lembu Terperanjat 2

“Kesian lembu tu…Aku saja tengok banyak kalo..Biar lembu tu penat terkejut”

Lembu Terperanjat 1