Lembu melompat dalam air siap back flip lagi, “Nak masuk Olimpik…”

Lembu melompat dalam air siap back flip lagi, “Nak masuk Olimpik…”

Ada kalanya haiwan sering kali melakukan perkara-perkara di luar jangkaan manusia. Sehinggakan ramai yang akan terkejut melihat telatah mereka. Sama seperti gelagat seekor lembu yang dilihat terjun dari bot yang dinaikinya baru-baru ini.

Lembu tersebut yang menaiki sebuah bot kemudian terjun ke dalam air dengan gayanya yang tersendiri. Malah rata-rata netizen turut sama terpukau melihat aksi lembu tersebut yang begitu handal sekali terjun mengalahkan seorang penerjun.

@djshamketam

skill penerjun terbaik ni…😂😂😂😂selamat hari raya…😀😀😀

♬ Spongebob – Dante9k

Di dalam video yang dikongsikan ini, lembu tersebut dilihat berada di dalam sebuah bot yang sedang berlayar. Tidak semena-mena, lembu itu kemudiannya terjun ke dalam air sebaik sahaja talinya dilepaskan oleh pemiliknya.

Lebih menarik perhatian, lembu itu juga siap membuat back flip dengan menerjunkan dirinya secara terbalik. Aksinya itu turut menarik perhatian mereka yang menonton di tempat tersebut termasuklah yang berada di dalam bot itu.

terjun

Bukan sahaja terjun ke dalam air, malah ada yang menganggap skill terjunannya itu seakan-akan haiwan itu sudah biasa melakukannya. Mungkin juga dia pernah melakukan perkara yang sama setiap kali dibawa menaiki bot oleh pemiliknya itu.

Meninjau di ruangan komen, aksi terjunan lembu itu turut menarik perhatian netizen. Ada yang berseloroh mungkin juga lembu itu sedang bersiap sedia untuk menyertai sukan olimpik yang bakal diadakan tidak lama sahaja lagi.

“Terbaiklah terjun lembu tu nak masuk olimpik ke…”

lembu melompat

“Salah seekor kontinjen lembu yang mewakili Malaysia…”

lembu

“Sebelum qurban, jago terjun sungai ni memang baik lembunya…”

komen

“Dengar cerita lembu tu dah kat Tokyo dah sekarang.”

tik tok