Lelaki terima pesanan kopi, tapi lain pula jadinya,“Itu bonus rasa original”

Lelaki terima pesanan kopi, tapi lain pula jadinya,“Itu bonus rasa original”

Setiap restoran tentunya mempunyai konsep mereka yang tersendiri dalam menarik perhatian pelanggan yang hadir. Sama macam yang dikongsikan ini apabila restoran ini menggunakan kaedah yang unik untuk menghantar pesanan pelanggan. Namun lain pula yang berlaku pada lelaki ini yang berjaya membuatkan netizen berdekah melihatnya.

Pesanan kopi yang dihantar menggunakan arus air itu akhirnya tidak menjadi apabila lelaki itu gagal menyambutnya dengan baik. Malah video tersebut turut tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari 11 juta tontonan setakat ini.

@miftaqullhuda03

picek rasd ngopi:) #fyp #xyzbca #viral #btsanjing #kopibdsukowiyono #masukberanda

♬ suara asli – miftaqullhuda – miftaqullhuda

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang menunggu pesanan kopi itu tiba di mejanya. Sebaik sahaja ia dihantar di laluan air itu, lelaki itu turut bersedia untuk menyambutnya memandangkan ianya agak laju mengikut arus air itu.

Namun dek kerana tersilap gaya menyambutnya, kopi yang dipegangnya itu terlepas daripada tangannya. Lebih melucukan, cawan kopi itu turut termasuk ke dalam air sehingga menyebabkan air kopi itu bercampur dengan air di laluan tersebut.

air kopi

Melihatkan gelagat lelaki itu, rakan-rakan yang lain turut memarahinya apabila air kopi itu akhirnya langsung tidak dapat diminum. Malah lelaki itu juga hanya mampu berdekah sebaik sahaja melihat minuman itu yang telah bercampur dengan air lain.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat cubaan lelaki itu yang gagal menyambut cawan itu dengan bergaya. Ada juga yang berseloroh tentunya dia berasa menyesal apabila air kopinya itu tidak lagi dapat diminum.

“Banyak gaya jadi aja tumpah.”

lelaki sambut

“Hati-hati bang nanti kopinya tumpah.”

kopi

“Ini yang dinamakan tumpah tapi isinya bertambah.”

komen

“Itu bonus rasa alam bro minum aja.”

tik tok