Lelaki terbaring di bahu jalan disangka penagih rupanya terkena sawan

Tular sebuah video baru-baru ini menunjukkan seorang lelaki yang terbaring di tepi jalan dipercayai akibat terkena sawan.
“Lu (kau) hisap gam kah?.
“Kenapa, kau kena bantai (pukul) kah,” tanya si perakam.
@angahelycha Sorry tak dengar lu ckap apa.
@angahelycha Reply to @putratigarasa aku dh la puasa dia blh mintak air.
Namun, selepas ditanya berulang kali, dia memberanikan diri untuk memeriksa lelaki tersebut dan
katanya dia terkena sawan sehingga sukar untuk bercakap serta bergerak.
Lebih sebak, lelaki terbabit memaklumkan dia telah lama terbaring di situ dan tiada siapa yang datang membantu.
Sehubungan itu, pengguna tersebut segera menghulurkan bantuan dengan memberi air untuk diminum dan kelihatan beberapa orang ramai turut datang berdekatan untuk membantu selepas itu.
Jelasnya lagi, keadaan badan lelaki tersebut menggigil-gigil sehingga membuat ramai yang menonton berasa sayu dan kesian.
Kemudian, pengguna itu terus menghantarkan lelaki berkenaan pulang ke rumahnya.
Sementara itu, orang ramai yang menonton video tersebut secara rata-ratanya tersentuh melihat kebaikan pengguna berkenaan membantu lelaki terbabit walaupun pada mulanya dia membuat andaian yang salah.
“Terima kasih bang, tak apa biasalah bila kita jumpa orang tak kenal macam itu, mungkin ada salah anggap, tapi abang terbaik sebab turun bantu,” komen Lili.
“Tindakan pantas abang yang bantu, mungkin kalau semua orang lalu biar, dengan keadaan sawan dia, boleh menyebabkan risiko yang lebih berbahaya,” ujar Syafiq Anuar.