Lelaki terajang libas kepala wanita rupanya abang sendiri, bengang adik tinggalkan ibu sedang sakit demi kekasih

Lelaki terajang libas kepala wanita rupanya abang sendiri, bengang adik tinggalkan ibu sedang sakit demi kekasih

Sebelum ini tular satu rakaman video memaparkan aksi seorang lelaki memukul dan terajang seorang perempuan tanpa belas kasihan buatkan netizen bengang terhadap si pelaku.

Kalau tengok video tu, korang boleh dengar mangsa menunduk dan menangis tahan sakit ketika diterajang. Kesian betul..

Menerusi laporan Kosmo, rupanya lelaki tersebut merupakan abang kepada wanita yang dipukul itu. Dah kenapa sampai nak terajang macam tu sekali..

Kejadian itu berlaku sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah dan berpunca daripada masalah keluarga. Lelaki berkenaan didakwa marah kerana adiknya selamba tinggalkan ibunya yang sedang sakit untuk berjumpa dengan kekasih.

Walaubagaimanapun, pihak polis masih belum lagi menerima sebarang maklumat berhubung kejadian itu serta mengesahkan sama ada ianya berlaku di Kota Kinabalu ataupun bukan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah

Orang ramai yang mempunyai info diminta untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu. Tapi kalau betul pun, kenapa sampai nak terajang macam tu kan? Kalau hilang nyawa adiknya tu nanti macam mana?

Kredit: Kosmo