Lelaki tawar ganjaran lumayan pada mana-mana saksi ada bukti dashcam kemalangan melibatkan Zaharif Affendi

Lelaki tawar ganjaran lumayan pada mana-mana saksi ada bukti dashcam kemalangan melibatkan Zaharif Affendi

Pegawai kanan polis Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat Deputi Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh pelajar Tingkatan 5, pada 15 Disember lalu.

Bagaimanapun, orang ramai menuntut keadilan diberikan sewajarnya kepada keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie.

Justeru itu, seorang lelaki menawarkan wang sebanyak RM5,000 kepada orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai bukti dalam bentuk rakaman kamera papan pemuka (dashcam) diserahkan kepada keluarga mangsa.

“Saya bagi komitmen sebanyak RM 5,000 kepada mana-mana saksi yang ada bukti dashcam yang boleh membuktikan pelaku ativa putih memang bersalah melanggar mati pelajar sekolah tempohari.

“Jika ada rekod video melalui dashcam kereta anda yang jelas membuktikan ini adalah perbuatan bunuh,sila serahkan rekod video itu kepada keluarga mangsa,” katanya.

Sekiranya saksi dapat menyerahkan bukti tersebut dan disahkan oleh keluarga mangsa dan peguam, saksi diminta untuk menuntut ganjaran tersebut daripada lelaki ini.

“Selepas itu jika keluarga dan pihak peguam mangsa mengesahkan video anda membantu proses menegakkan keadilan untuk mangsa di mahkamah, bukti anda beri digunakan di mahkamah sehingga terbukti arwah dilanggar dengan niat bunuh minta keluarga atau wakil peguam mereka menghubungi saya untuk claim ganjaran rm5,000.

“Bagi yang mengenali keluarga mangsa,minta mereka menghubungi saya jika tawaran ganjaran ini membantu keluarga mangsa melancarkan proses keadilan. Bantu saya sebarkan sehingga keadilan tertegak.

“Rakyat harus bersatu, kita bukan puppet atau alat melepaskan geram mereka yang ada kuasa,” tulisnya.