Lelaki selamba gunting jalur gemilang, berang bila ada yang tegur
Tular sebuah video memaparkan tindakan berani seorang lelaki yang dilihat menggunting Jalur Gemilang dipacak di tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur.
Menerusi dua video dikongsi Ieka Kartika di aplikasi TikTok semalam, lelaki memakai baju merah dan bertopi itu dengan selamba menggunting dan merosakkan beberapa kain bendera.
Sakit hati tengok dia gunting!
@iekakartika__ Dia rosakkan bendera malaysia wey , org tegur dia marah balik.. Tolong bgi viral biarr dia dapat balasan
Menurut Ieka, difahamkan ramai pengguna jalan raya membunyikan hon untuk menegur perbuatan lelaki terbabit dari jauh namun seolah-olah tidak mempedulikannya.
Dia turut menjelaskan, keadaan jalan raya ketika itu membuatkan individu yang mahu menegur sukar untuk memberhentikan kereta yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Bahagian kedua
@iekakartika__ Replying to @nur 💜
“Dia rosakkan bendera Malaysia wey, orang tegur dia marah balik.. Tolong bagi viral biar dia dapat balasan.
“Ramai je dok hon, sergah kat dia. Masa ni kereta banyak, orang susah nak berhenti. Saya nak buka tingkap pun takut sebab ada anak kecil. Risau dia bawa apa-apa yang bahaya,” tulis @iekakartika__.
Rakaman pertama itu meraih 1.1 juta tontonan dan hampir 4650 komen netizen yang meluahkan kemarahan terhadap perbuatan lelaki berkenaan kerana menghina bendera negara.
Selain itu, ramai berharap tindakan tegas dapat diambil pihak berkuasa supaya si pelaku menerima hukuman berdasarkan undang-undang sedia ada.
Buat je laporan polis
Sakitnya hati
Apa masalah dia?
Boleh kena denda dan penjara!
Mungkin bukan warganegara?
Bagaimanapun memetik laporan media pagi tadi, tindakan mengesan lelaki tersebut sedang dijalankan pihak polis meskipun belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
Sumber: TikTok @iekakartika__