Lelaki sanggup ‘terjun’ celah platform demi selamatkan budak yang terperangkap di bawah kereta api

Lelaki sanggup ‘terjun’ celah platform demi selamatkan budak yang terperangkap di bawah kereta api

Seorang pelajar universiti melompat ke celah platform yang sempit untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di bawah kereta api. Insiden tersebut berlaku di Gansu, China, lapor South China Morning Post.

Dilaporkan, kanak-kanak yang berusia 4 tahun itu terjatuh di celah platform ketika dia turun dari kereta api dengan ibunya.

 

Sejurus insiden itu berlaku, penumpang lain berjuang untuk mencapai kanak-kanak itu. Namun, seorang pelajar lelaki sanggup melompat turun ke celah platform yang muat-muat sahaja dengan dirinya demi mendapatkan kanak-kanak itu.

Setelah berhasil mengangkat kanak-kanak itu, pelajar lelaki itu cuba untuk memanjat ke atas dengan dibantu oleh beberapa orang yang mencapai tangannya.

Walau bagaimanapun, jurang yang begitu sempit itu membuatkan dia terpaksa melonggarkan tali pinggang yang dipakainya. Akhirnya, dia berjaya memanjat ke atas semula.

Menurut sumber, kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: South China Morning Post